﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯M A C Heatherette﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 3.7 (6 Ratings)﷯﷯0 Grabs Today. 1952 Total Grabs. ﷯
﷯﷯﷯﷯﷯Preview﷯﷯ | ﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. Copy the Code﷯﷯2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Bl BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

09 November, 2009

Sejarah PPIKB

Selaras dengan perkembangan pesat industri kosmetik di Malaysia dan wujudnya pemahaman pentingnya kosmetik dikalangan pengguna khususnya beragama islam maka ramai di kalangan usahawan bumiputra yang berani berjaya mengasaskan produk-produk kosmetik keluaran bumiputra yang pastinya halal menjadi keutamaan.


Memandangkan pembuatan kosmetik dikalangan bumiputra itu sendiri memerlukan banyak sokongan serta bantuan samada dari segi kewangan mahupun pengetahuan am mengenai pembuatan, pengekspotan bahan mentah atau seminar banyak bergantung kepada pembabitan usahawan itu sendiri dalam merealisasikan impian mereka.


Terdapat ramai usahawan kosmetik kecil-kecilan yang begitu memerlukan tunjuk ajar serta panduan dalam bersama-sama menaikkan industri ini adalah amat dihargai.


Jesteru itu di awal pertubuhan ini hanya 7 orang sahaja yang telah berbincang dan medapati satu pertubuhan perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah di dalam industri kosmetik itu sendiri. Perbincangan pertubuhan itu telah mendapat sokongan padu dari Kedah Biocorp Sdn Bhd.


Hasil dari perbincangan itu maka setelah setahun menunggu kelulusan akhirnya dianugerahkan sijil pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 3 Mac 2009.
Mesyuarat Agung kali - 1 telah diadakan pada 1 Julai 2009 dimana seramai 11 orang ahli jawatankuasa dilantik, dan banyak usul-usul telah dibahaskan, segala perancangan dan aktiviti telah disusun dan akan disegerakan.

0 comments: