﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯M A C Heatherette﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 3.7 (6 Ratings)﷯﷯0 Grabs Today. 1952 Total Grabs. ﷯
﷯﷯﷯﷯﷯Preview﷯﷯ | ﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. Copy the Code﷯﷯2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Bl BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

26 November, 2009

Evolution of Beauty

18 November, 2009

Tujuan & Matlamat PPIKB

1. Membantu golongan usahawan bumiputra, luarbandar, yang terlibat dalam industri herba & kosmetik.
2. Memberi bantuan khidmat nasihat dari segi pendedahan pembuatan produk dan rawatan altenatif.
3. Memberi bimbingan serta kursus dan bengkel kepada perniaga untuk menjana ekonomi mereka di masa hadapan.
4. Penglibatan dalam kerja-kerja amal untuk melanjutkan tujuan pertubuhan.
5. Melahirkan ahli-ahli pertubuhan yang produktif, efisien dan dapat mempertingkatkan kemahiran, kekuatan mental dan fizikal serta sosial dalam membentuk suatu personaliti dan disiplin diri yang baik.
6. Mengambil peranan penting dalam pembangunan industri kosmetik.
7. Menganjur, menyusun dan membuat peraturan-peraturan bagi menguruskan bidang yang berkaitan dengan perniagaan yang dapat membantu meningkatkan taraf hidup ahli. Menambah tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang.

KURSUS DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG

Cosmeceutical & Pharmaceutical Course For Industry (26-28 October 2009)



Terima kasih kepada semua pensyarah yang telah memberikan banyak info serta tunjuk ajar: Prof Dr Haji Saringat Hj Baie, Dr Nurazlina Karim Khan, Dr Yvonne Tan, Dr Peh Kok Kiang, Dr Azmin Mohd Noor.


Kursus ini merangkumi:

1, Pengenalan kepada produk penjagaan diri dan kosmetik kepada pengguna serta kaedah penghasilannya.

2. Memberi penerangan dan pendedahan untuk menghasilkan produk penjagaan diri dan kosmetik bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Latihan praktikal tentang formulasi produk penjagaan diri dam kosmetik


Kesimpualannya kursus ini berjaya memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada peserta terutama ahli-ahli PPIKB.





Lihatlah dunia? Ahli PPIKB berjaya ditauliahkan sijil penyertaan yang cukup berharga...









09 November, 2009

Majlis Taklimat & Penyerahan Sijil Pendaftaran






Sejarah PPIKB

Selaras dengan perkembangan pesat industri kosmetik di Malaysia dan wujudnya pemahaman pentingnya kosmetik dikalangan pengguna khususnya beragama islam maka ramai di kalangan usahawan bumiputra yang berani berjaya mengasaskan produk-produk kosmetik keluaran bumiputra yang pastinya halal menjadi keutamaan.


Memandangkan pembuatan kosmetik dikalangan bumiputra itu sendiri memerlukan banyak sokongan serta bantuan samada dari segi kewangan mahupun pengetahuan am mengenai pembuatan, pengekspotan bahan mentah atau seminar banyak bergantung kepada pembabitan usahawan itu sendiri dalam merealisasikan impian mereka.


Terdapat ramai usahawan kosmetik kecil-kecilan yang begitu memerlukan tunjuk ajar serta panduan dalam bersama-sama menaikkan industri ini adalah amat dihargai.


Jesteru itu di awal pertubuhan ini hanya 7 orang sahaja yang telah berbincang dan medapati satu pertubuhan perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah di dalam industri kosmetik itu sendiri. Perbincangan pertubuhan itu telah mendapat sokongan padu dari Kedah Biocorp Sdn Bhd.


Hasil dari perbincangan itu maka setelah setahun menunggu kelulusan akhirnya dianugerahkan sijil pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 3 Mac 2009.
Mesyuarat Agung kali - 1 telah diadakan pada 1 Julai 2009 dimana seramai 11 orang ahli jawatankuasa dilantik, dan banyak usul-usul telah dibahaskan, segala perancangan dan aktiviti telah disusun dan akan disegerakan.

PERTUBUHAN PENGUSAHA INDUSTRI KOSMETIK BUMIPUTRA PULAU PINANG & KEDAH (PPIKB)

PERTUBUHAN PENGUSAHA INDUSTRI KOSMETIK PULAU PINANG & KEDAH (PPIKB) telah ditubuhkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 dan telah di daftarkan pada 25 Mac 2009, sijil pendaftaran NO: 0487-09-PPG. Sebarang Pertanyaan sila Emel: pkosmetikbumiputra@yahoo.com

KEAHLIAN:
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia, pengusaha kosmetik Bumiputra tanpa mengira jantina yang tinggal di Pulau Pinang & Kedah
& yang berumur 18 tahun ke atas.


YURAN KEAHLIAN:

Yuran Masuk (sekali seumur hidup) : RM 50.00
Yuran Tahunan : RM 30.00