﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯M A C Heatherette﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯Rating: 3.7 (6 Ratings)﷯﷯0 Grabs Today. 1952 Total Grabs. ﷯
﷯﷯﷯﷯﷯Preview﷯﷯ | ﷯﷯Get the Code﷯﷯ ﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. Copy the Code﷯﷯2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Bl BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

16 January, 2010

LAWATAN KE KILANG ERA EDAR 16 JANUARI 2010

Pertubuhan mengucapkan setinggi penghargaan kepada Prof Dr Hjh Hamsiah Ismail, Pengurus Besar Era Edar Marketing Sdn Bhd, di atas layanan dan kesudian pihak pengurusan membenarkan kami melawat kilang dan memberi maklumat serta pengetahuan dalam penubuhan sesebuah kilang.


Taklimat oleh Dr (H) Hj Jamaluddin Mat Piah, Pengarah Urusan


Kilang Era Edar HOMEOLAB ini telah mula beroperasi pada tahun 2000 dan telah mendapat pengitirafan GMP dan ISO. HOMEOLAB juga telah mendapat Anugerah Pengurusan Kilang Cermerlang 2005 & 2006 serta Anugerah Pengurusan Kilang Terbaik 2008. Bermula dengan 7 lot kedai kini telah mencapai 17 lot dengan nilai aset 6.8 juta.

HOMEOLAB juga turut menawarkan khidmat pengilangan secara kontrak kepada mana-mana usahawan yang kurang fasiliti tetapi berhasrat untuk mengembangkan produk-produk mereka.


Ahli-ahli Pertubuhan secara amnya telah mendapat satu idea dan pandangan dalam mendirikan kilang, kami amat mengkagumi usaha serta kecekalan Era Edar dalam menjadikan HOMEOLAB sebuah kilang Bumiputra yang lengkap dengan pelbagai fasiliti serta sebuah kilang yang disegani.



Jemputan ke CASAHAMDA Prof Dr Hamsiah

Kemegahhan CASAHAMDA istana milik Pengurus Besar ERA EDAR amat dikagumi oleh ahli pertubuhan di mana ianya memberi satu semangat motivasi baru dalam mecapai kejayaan. Terima Kasih di atas layanan yang diberikan semoga semua dilimpahkan Rezeki oleh Allah s.w.t.